Home Top Ad

ANALISIS PRA MUSIM SABAH FA DI INDONESIA

Share:

ANALISIS PRA MUSIM SABAH FA DI INDONESIA



Juara Liga Perdana musim 2019, Sabah FA mengakhiri kempen pramusim di Indonesia dengan keputusan seri 2-2 menentang Persela Lamongan, dalam kumpulan B Piala Gubernur Jawa Timur 2020. Terdahulu Sabah tewas dua perlawanan di tangan Arema FC (0-2) dan Persija Jakarta (0-2) dalam kejohanan tersebut, selain tewas 1-3 di tangan Persebaya Surabaya pada perlawanan persahabatan sebelum bermulanya kejohanan Piala Gubernur Jawa Timur 2020.

Kurniawan Dwi Yulianto telah menurunkan kesemua pemain yang dibawa ke Indonseia. Memberi waktu permainan untuk lebih keserasian. Terdapat beberapa pemain yang beraksi baik sepanjang Pra Musim seperti Petrus Shitembi. Pemain lain memerlukan peningkatan.

Baca juga:
LIVE: PERSELA LAMONGAN VS SABAH FA
4 PERLAWANAN MENCABAR SABAH FA

Keputusan di pra musim bukanlah gambaran sebenar kekuatan sesebuah pasukan. Lebih-lebih lagi Kurniawan baru tidak sampai 5 bulan membimbing pasukn. Masih dalam proses penerapan cara taktikal baru yang dimainkan.

Dari teknik serangan dan bertahan juga harus diperbaiki. Pemain tidak terburu-buru membuat hantaran ke hadapan jika pemain serangan belum lagi dalam keadaab yang elok menerima hantaran. Di samping serangan harus lebig dinamik.

Dari aspek bertahan dalam satu unit jika sangat perlu. Kurangan ball watching dan harus menutup ruang penyerang lawan. Ianya menuntut disiplin, fokus dan stamina yang sangat tinggi.

Pressing kepada pihak lawan juga perlu diambil kira. Supaya pihak lawan tidak punya waktu untuk membuat hantaran yang baik kepada rakan. Di samping membuat tekanan awal.

Masih banyak kelemhana yang harus diperbaiki. Terus menyokong dan beri waktu kepada ketua jurulatih baru Sabah Kurniawan Dwi Yulianto.


CIMB Liga Super 2020


Jadual Perlawanan Pasukan Sabah


1. PDRM vs Sabah
Ahad - 1/3/2020
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

2. Sabah vs Felda United FC
Sabtu - 7/3/2020
Stadium Likas, KK

3. Pahang vs Sabah
Selasa - 10/3/2020
Stadium Darul Makmur

4. Sabah vs Perak
Sabtu - 14/3/2020
Stadium Likas, KK

5. Trengganu FC vs Sabah
Jumaat - 3/4/2020
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak

6. Sabah vs Selangor.
Jumaat - 10/4/2020
Stadium Likas, KK

7. PJ City vs Sabah
Ahad - 19/4/2020
Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya

8. Kedah vs Sabah
Sabtu - 25/4/2020
Stadium Darul Aman, Alor Setar

9. Sabah vs Melaka
Rabu - 29/4/2020
Stadium Likas, KK

10. JDT vs Sabah
Jumaat - 8/5/2020
Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri

11. Sabah vs UiTM FC
Rabu - 13/5/2020
Stadium Likas, KK

⚽⚽⚽⚽

No comments