Kredit photo: Sabah FA
TELIPOK UNITED BUKAN LAWAN SABAH
Pasukan CIMB Liga Super Sabah FA telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab tempatan Telipok United. Ini adalah perlawanan pertama Sabah selepas balik dari Kejohanan Jemputan Piala Guvernor Jawa Timur 2020 di Indonesia.
Telah menurunkan hampir keseluruhan pemain utama nyata telah membelasah 11-0 ke atas Telipok United. Kemenangan pembakar semangat ini penting bagi Kurniawan selepas perlawanan pra musim di Indonesia yang sukar. Moral para pemain selepas kejohanan di Indonesia pastinya terganggu. Ramai penyokong dan pengulas bola sepak di Indonesia mengkritik pasukan dan pemain. Harap jadikannya sebagai pembakar semangat dan memperbaiki segala kelamahan.
Baca: PERMATA SABAH KINI MILIK HARIMAU KUMBANG
Apa yang paling penting adalah ketua jurulatih Sabah Kurniawan Dwi Yulianto dapat mencuba beberapa kobinasi gandingan pemain. Di samping bagi mengekalkan stamina pemain. Maxisus Musa masih lagi disisihkan ekoran kecederaan yang menimpanya selepas aksi jelejah Indonesia.
Kredit photo: Sabah FASAFA telah melengkapkan kuota pemain import dengan pemain kebangsaan Namibia sah menjadi pemain import kelima Sabah FA. Berumur 27 tahun dan bermain di posisi tengah menyerang. Seorang pemain yang skillfull, stamina luar biasa dan seorang pemain tengah box to box. Memiliki 67 cap mewakili negaranya di peringkat antarabangsa.
Menurut sumber SAFA, jersi pasukan Tambadau Sabah untuk Liga Super akan diperkenalkan dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 27 Februari nanti. Tempat belum dipastikan lagi. Terus mengikuti perkembangan Sabah FA di page Facebook Buletin Arena Sabah.
Pasukan Sabah akan memulakan kempen CIMB Liga Super 2020 pada 1 Mac depan. Sabah akan menentang PDRM (A), FELDA UNITED (H), PAHANG (A) dan PERAK (H). 4 perlawanan yang sangat mencabar dengan berhadapan dengan pasukan penuh pengalaman dan pemain berkualiti.
Manakala Sabah U21 akan memulakan aksi saingan Piala Presiden dengan menentang Melaka di Stadium Sukan Likas, pada jam 4 petang 24 Februari 2020 (Isnin). Manakala Sabah U19 pula akan menentang PJ City FC di Kompleks Sukan Penampang 23 Februari 2020 (Ahad), pada jam 4 petang.


No comments