Home Top Ad

SABAH U21 DAN U19 MULA AKSI PEMBUKAAN

Share:



SABAH U21 DAN U19 MULA AKSI PEMBUKAAN

Beberapa hari yang lalu, Peter turut mengumumkan timbalan presiden Safa Datuk Juil Nuatim sebagai Pengurus Pasukan Piala Presiden Sabah pada musim 2020 manakala Justin Ganai dikekalkan sebagai Ketua Jurulatih skuad Sabah U21. Untuk pasukan Piala Belia Sabah, seorang lagi timbalan presiden Safa Datuk Abdul Rahman Zakaria dinamakan sebagai Pengurus manakala Johnny Dominicus kekal Ketua Jurulatih.
Menurut Peter lagi, jersi pasukan Sabah FA untuk CIMB Liga Super Malaysia akan diperkenalkan dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 27 Februari. Lokasi tempat pelancaran belum ditetapkan dan akan dimaklumkan kemudian.

Sabah U21 akan memulakan aksi saingan Piala Presiden dengan menentang Melaka di Stadium Sukan Likas, pada jam 4 petang 24 Februari 2020 (Isnin). Manakala Sabah U19 pula akan menentang PJ City FC di Kompleks Sukan Penampang 23 Februari 2020 (Ahad), pada jam 4 petang.

Baca juga:

Admin & warga Buletin Arena Sabah mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Sabah U21 & Piala Belia Sabah, kepada peminat-peminat di sekitar kota kinabalu, mari saksikan perlawanan ini.


Sabah U21

Kredit photo: TheRhinosTroops

Sabah U19

Kredit photo: The RhinosTroops


No comments