Home Top Ad

COVID-19: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BUKAN PERINTAH BERKURUNG

Share:


COVID-19: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BUKAN PERINTAH BERKURUNG


Masih boleh keluar rumah bagi urusan penting seperti membeli keperluan seharian di rumah. Premis supermarket masih dibuka. Tidak perlu membuat belian panic. Kerajaan menegaskan stok makanan mencukupi.

Ianya berbeza dengan Perintah Berkurung. Di mana rakyat tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah. Pihak tentera juga tidak terlibat dalam perintah kawalan pergerakan ini.

Langkah kawalan pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi menangani Covid-19 bukan perintah berkurung tetapi satu bentuk menjarakkan hubungan sosial yang bertujuan bertujuan menurunkan jumlah kes dengan 'merendahkan lengkung (jangkitan) wabak'.




"Ini bukan perintah berkurung. Apabila perintah berkurung kamu tidak boleh keluar rumah, kamu tidak boleh keluar untuk membeli makanan," katanya.

Dr Dzulkefly berkata demikian kepada Malaysiakini sebagai maklum balas segera terhadap pengumuman perdana menteri malam ini.

"Ungkapan yang paling baik adalah elak aktiviti sosial. Benar ia gangguan tetapi matlamat akhirnya untuk merendahkan lengkung epidemik," katanya.

Istilah merendahkan lengkung epidemik merujuk kepada tindakan mengurangkan dan memperlahan penularan sesuatu wabak.

Muhyiddin juga mengumumkan mulai hari Rabu 18 Mac sehingga 31 Mac, kerajaan akan membataskan pergerakan awam dalam usaha membendung penyebaran Covid-19. Ini termasuk penutupan sekolah, IPT dan premis swasta.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan penting serta pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.~ Malaysiakini.com



No comments