Photo: ROTP
GUY KASSA BAKAL GANTI HECTOR RAMOS?
Khabar angin mengatakan Guy Kassa Gnabouyou sedang trial bersama pasukan Sabah. Tidak pasti siapa akan diganti oleh Guy Kassa. Sama ada Hector Ramos atau Rodoljub Paunovic. Guy Kassa Gnabouyou bermain sebagai penyerang tunggal mahupun di belakang penyerang.
Sepanjang perlawanan pra musim dan aksi pembukaan CIMB Liga Super Malaysia 2020, Hector Ramos antara yang banyak mendapat kritikan dari penyokong. Kelemahan dari aspek kelajuan, hantaran, penyudah dan impak kepada pasukan merupakan antara yang diperkatakan. Lebih-lebih lagi susuk tubuh Pito yang semakin "sihat". Selain Hector, Rodoljub Paunovic juga antara pemain import yang dikritik oleh penyokong.
Tidak hairanlah SAFA sekarang ini sedang mempertimbangkan menukar atau mengekalkan pemain import sedia ada serta kini menjadi keutamaan mencari pemain import di posisi penyerang. Untuk rekod Gnabouyou pernah beraksi bersama Ligue 1 Perancis, Olympique Marseille pada musim 2007-2010.
Difahamkan pada bulan januari 2020, Kuala Lumpur telah menandatangani pemain ini bagi menggantikan tempat De Paula yang berpindah ke Perak FA. Ada kemungkinan SAFA akan meminjam pemain ini dari pasukan Kuala Lumpur atau...kita tunggu maklumat selanjutnya.
Sabah akan bertemu FELDA UNITED bagi perlawanan kedua CIMB Liga Super Malayasia 2020. Dijemput semua penyokong bola sepak seluruh pelusuk Sabah kita kasi 'FULL HOUSE" Stadium Likas pada 7 Mac ini pada jam 8.15 malam.
Nama: Guy Kassa Gnabouyou
Umur: 30 tahun
Asal: France
Posisi: Penyerang
Ketinggian: 1.83 m
Bekas pasukan: Marseille, Orleans, Paris FC, Inter Turku
Pencapaian: France U21



No comments