Home Top Ad

RODOLJUB PAUNOVIC TEPIS KRITIKAN

Share:
Photo: MFL


RODOLJUB PAUNOVIC TEPIS KRITIKAN


Sabah menewaskan Felda United 3-1 di Stadium Likas sebentar tadi. Gol Sabah telah dijaringkan oleh Rodoljub Paunovic minit ke-12, Park Taeso minit ke-38 dan Maxsius Musa pada minit ke-77. 3 Mata berharga buat Sabah selepas seri tanpa jaringan pada aksi pembukaan menentang PDRM FA.


Photo: Sabah FA

Minggu ini menjadi perdebatan penyokong siapa yang harus ditukar sebagai pemain import. Sama ada Hector Ramos ataupun Rodoljub Paunovic. Sehinggahlah Guy Kassa Gnabouyou diumumkan pemain import baru mengganti tempat Hector Ramos. 



Mengenai pemain import baru, Guy Kassa Gnabouyou masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Pemain ini perlukan lebih masa bermain dan menyesuaikan dengan rakan sepasukan. Tetapi keupayaan dan kebolehan pemain ini jelas kelihatan dan masih mencari keserasian.


Photo: MFL


Menentang Felda United Rodoljub Paunovic membuktikan bahawa dia mampu bermain di saingan Liga Super. Menanduk masuk menarik sepakan sudut dari Petrus Shitembi.

Admin memilih Petrus Shitembi sebagai pemain terbaik perlawanan. Dengan tiga assist dan menjadi nadi serangan kepada setiap serangan pasukan Sabah. Teruskan momentum kemenangan dan perbaiki segala kelemahan yang ada.

Perlawanan Tambadau seterusnya adalah menentang Pahang di Stadium Darul Makmur pada 10 Mac ini.



No comments