Home Top Ad

ROZAIMI ABD RAHMAN MASIH SAYANG SABAH

Share:
Photo: JDT

ROZAIMI ABD RAHMAN MASIH SAYANG SABAH



Pemain lincah kelahiran Sabah Rozaimi Abd Rahman yang kini bermain dengan JDT ll masih lagi menyangi pasukan kelahirannya. Lantaran yang dikongsikan di laman sosial facebook bersama beberapa komen dari penyokong bola sepak Sabah.

Rozaimi pernah digelar sebagai “Neymar” Malaysia kerana gaya permainan yang mirip dengan pemain termahal dunia ini satu ketika dulu. Beliau juga pernah disenaraikan dalam 10 pemain terbaik Asia pada 2012 oleh salah satu laman sukan terkenal di dunia iaitu ESPN. Nama Rozaimi segah dengan Sinji Kagawa, Omar Abdul Rahman, Yuto Nagatomo, Amjad Radhi dan dua lagi pemain dari Asia Tenggara iaitu Teerasil Dangda dan Bambang Pamungkas. Antara permata bola sepak yang berasal dari Sabah.




"...Gaji saya tidak fikir sangat,yg penting saya dapat main balik dgn Sabah 1 hari nanti. Insyaallah."
"..amin..harap sabah mau la saya lagi satu hari nanti."


Satu komen dari Rozaimi Abd Rahman yang menunjukkan dia masih berminat menyertai Sabah sekiranya kudratnya diperlukan. Tiada yang mustahil sekiranya pemain ini masih bagus dan mampu menyumbang sesuatu kepada pasukan.




Rozaimi pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama sepupu beliau pada April 2015 di Kota Kinabalu. Rozaimi terselamat tetapi sepupu beliau, Awangku Mohd Farris meninggal dunia.


ROZAIMI ABD RAHMAN MASIH SAYANG SABAH



Ketika dalam proses pemulihan pada penghujung 2015, Johor Darul Ta’zim memutuskan untuk menandatangani beliau. Ketika beliau sudah pulih sepenuhnya, Rozaimi ditimpa kecederaan ACL pada 21 Jun yang menyebabkan beliau terlepas keseluruhan musim 2016. Bermulanya musim 2017, beliau diletakkan dalam pasukan Johor Darul Ta’zim II.



Pasti ramai peminat bola sepak mahu melihat Rozaimi Abd Rahman bermain sekali lagi bersama pasukan Sabah. Dengan bakat luar biasa, skills dan penyudah tajam mampu membuatkan penyokong teruja dengan aksi Rozaimi.


No comments