
Penjaga gol Perak gagal menyelamatkan tendangan percuma Mohd Azizan Nordin di Stadium Likas malam tadi. Gambar SNT/Ihsan Safa
SABAH KONGSI MATA DI LIKAS
Sabah berpuas hati apabila hanya mampu seri 2-2 menentang Perak dalam aksi CIMB Liga Super Malaysia di Stadium Likas di sini malam tadi.
Tambadau dengan sentuhan Kurniawan Dwi Yulianto mempamerkan permainan baik dan mendahului pasukan pelawat 2-1 pada babak pertama.
Tambadau dengan sentuhan Kurniawan Dwi Yulianto mempamerkan permainan baik dan mendahului pasukan pelawat 2-1 pada babak pertama.
Gol Tambadau Sabah datang seawal minit ke-5 menerusi sepakan percuma cantik yang diambil pemain tengah Mohd Azizan Nordin dari jarak lebih kurang 30 meter di sebelah kiri Sabah. Tendangan lencong daripada Azizan mengelirukan penjaga gol Perak Mohd Nazrullah Abdul Aziz yang sudah terkeluar dari posisi.
Pasukan Perak ‘The Bos Gaurus’ berjaya menyamakan kedudukan melalui penyerang Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-17.

Penjaring gol kedua Sabah Guy Kassa Gnabouyou (jersi no. 9) melompat tinggi. Gambar SNT/Ihsan Safa
Dalam situasi satu-lawan-satu, Shahrel dengan mudah menewaskan penjaga gol Sabah Rozaimie Rohim, yang diturunkan buat pertama kali dalam aksi Liga Super selepas tiga perlawanan.
Sepuluh minit kemudian pasukan Sabah telah mendahului Perak melalui kombinasi menarik Petrus Shitembi, Alto Linus yang dijaringkan oleh Guy Kassa Gnabouyou. Jaringan pertama Gnabouyou untuk Sabah musim ini. Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Dalam babak kedua, Perak bermula dengan garang dan hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-48 namun cubaan pemain importnya Guilherme De Paula Lucrecio berjaya ditepis Rozaimie yang kemudian terkena palang dan keluar dari permainan.

Barisan pemain permulaan Skuad Tambadau Sabah. Gambar SNT/Ihsan Safa
Skuad Tambadau mempunyai peluang untuk menutup pintu Perak pada minit ke-55 namun tandukan Gnabouyou hasil hantaran Alto terus ke dakapan penjaga gol walaupun tidak dikawal.
Pada minit ke-79, penyerang Perak Muhammad Shahrel tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol penyamaan sekaligus memusnahkan harapan Skuad Tambadau Sabah untuk memungut tiga mata penuh. Kedudukan 2-2 kekal sehingga wisel penamat.

Presiden Safa Datuk Peter Anthony (tengah), timbalan presiden Datuk Abdul Rahman Zakaria (kiri) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun menyaksikan perlawanan. Gambar SNT/Ihsan Safa
Kesemua perlawanan pada malam tadi kecuali PJ City menentang Terengganu yang ditunda berlangsung dalam stadium kosong sebagai langkah pencegahan jangkitan wabak Covid-19. Bagi empat perlawanan Sabah seterusnya turut ditunda.-SabahNewsToday
Photo: MFL

No comments