Home Top Ad

TAKUT PUNCA SERI

Share:

TAKUT PUNCA SERI


Pengendali Sabah Kurniawan Dwi Yulianto menegaskan ketakutan dan kurang yakin punca pasukannya seri dengan PDRM FA. Menjelaskan sebab tersebut di sebuah portal berita tempatan. 

Rata-rata pemain masih muda dan terlalu berhati-hati untuk melakukan kesilapan individu menyebabkan gagal mempamerkan aksi sebenar. Terikat tanpa jaringan dan beberapa pemain melakukan kesilapan mudah dan ada pemain muda yang masih gugup dengan keadaan saingan CIMB Liga Super.

Shukri Zulfikry

Sabah menurunkan 5 pemain import manakala PDRM FA menurunkan 7 pemain anggota polis dalam perlawanan tersebut. Pasukan Sabah telah menurunkan kesemua pemain import iaitu Park Taeso, Petrus Shitembi, Dennis Buschening, Rodoljub Paunovic dan Hector Ramos.


Hanya Petrus Shitembi yang mendapat pujian ramai penyokong bola sepak Sabahan. Bermain penuh kesungguhan dan menjadi nadi di bahagian tengah Sabah. Cuma dihampakan oleh penyudah yang tumpul.

Sementara itu, ketua jurulatih PDRM, Mohamad Ishak Kunju Mohamad optimas mampu bersaing dengan pasukan lain yang jauh berkualiti.

Perlawanan seterusnya adalah menentang FELDA UNITED pada 7 Mac 2020 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada jam 8.15 malam.

Shukri Zulkifly

No comments