Home Top Ad

OFFICIAL: SABAH FA IKAT PETRUS SHITEMBI

Share:

PETRUS SHITEMBI @ NIGOLO KANTE VERSI "BULIAN"



Walaupun debut pertama bersama pasukan Sabah, Petrus Shitembi telah menambat hati penyokong Sabah dengan aksi memukau.Beraksi di bahagian tengah dan menjadi nadi utama di bahagian tengah bersama Azizan Nordin.

Pemain yang berusia 27 tahun itu mempunyai 67 kaps bersama skuad kebangsaan Namibia dan pernah mewakili negaranya dalam Kejohanan Piala Afrika tahun lepas.

Pemain kebangsaan Namibia ini beraksi sepenuh masa ketika menentang Persebaya. Bermain sepenuh hati, stamina yang baik dan menjadi penyelesaian di bahagian tengah Sabah. Dianggap sebagai "kayu bulian" kerana mempunyai fizikal yang mantap dan punyai skill yang mengelirukan pihak lawan.

Terdapat juga penyokong bola sepak Sabah yang mengelar Petrus @Ngolo Kante kerana stamina yang tinggi. Ngolo Kante adalah pemain tengah Chelsea yang terkenal mempunyai kerajinan di atas padang dan stamina yang sangat baik.

Baca juga: 

SABAH FA TURUNKAN BARISAN TERBAIKNYA BERTEMU PERSEBAYA SURABAYA

LIVE: PERSEBAYA VS SABAH FA

SABAH TEWAS AKSI PERSAHABATAN


Petrus Shitembi telah menyarung jersi pasukan kebangsaan Namibia sebanyak 60 kali dan menjaringkan empat gol.

Selepas ini Sabah akan menyertai kejohanan Piala Governor Jawa Timur 2020. Dalam kejohanan Piala Governor Jawa Timur, skuad Tambadau diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan top Indonesia Persija Jakarta serta Arema FC (H) dan Persela Lamongan.

Kumpulan A pula terdiri Madura United (H), Persebaya Surabaya, Persik Kediri dan Bhayangkara FC.

Barisan pemain Skuad Tambadau: 

Rozaimie Rohim, Dendy Lowa, Evan Wensley Wenceslaus, Jenius Karib, Mafry Balang, Randy Baruh Samson, Rawilson Batuil, Alto Linus, Maxsius Musa, Mohd Azizan Nordin, Ricco Nigel Milus, Sabri Sahar, Ummareng Bacok, Hamran Peter, Mohd Azwan Abd Fattah, Mazlan Yahya, Ariusdius Jais, Mohd Shukri Baharun, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Wan Muhammad Azraie Wan Teh, Rodoljub Paunovic, Park Tae Su, Hector Ramos dan Dennis Buschening.

No comments