Home Top Ad

SABAH FA TURUNKAN BARISAN TERBAIKNYA BERTEMU PERSEBAYA SURABAYA

Share:

SABAH FA TURUNKAN BARISAN TERBAIKNYA BERTEMU PERSEBAYA SURABAYA



Kurniawan Dwi Julianto selaku jurulatih Sabah FA akan menurunkan barisan terbaiknya menentang Persebaya Surabaya pada hari ini.

Pasukan Sabah FA akan membawa kekuatan terbaiknya menentang Persebaya Surabaya petang ini. Perlawanan persahabatan antarabangsa ini penting sebagai persiapan mengharungi saingan Liga Super 2020. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Gelora Bung Tomo, pada jam 7.30 pm waktu Malaysia. Sebagai rekod Persebaya pernah menjuarai Liga Indonesia pada tahun 2004.

“Bagi saya, uji coba ini merupakan rangkaian menuju ke kompetisi. Saya mau lihat progres tim apakah sudah berjalan sesuai yang kami susun. Kami juga tahu jika Persebaya tim yang kuat. Jadi kami pasti dapat hal positif dari laga nanti,” ujar arsitek Sabah FA Kurniawan Dwi Yulianto seperti dikutip laman resmi Persebaya.

Baca juga: 

PASUKAN SABAH FA LENGKAPKAN 5 PEMAIN IMPORT

OFFICIAL: SABAH FA IKAT PETRUS SHITEMBI

Sabah diperkuatkan oleh 5 pemain import iaitu Hector Omar Ramos Lebron dari Puerto Rico dan Dennis Buschening dari Thailand. Di samping dua lagi import yang masih dikekalkan  Park Tae Su (Korea Selatan) dan Rodoljub Paunovic (Serbia). Manakala seorang lagi pemain import adalah pemain kebangsaan Namibia, PETRUS SHITEMBI.
“Saya bawa semua pemain yang sehat. Ada beberapa pemain yang tinggal karena cedera dan sedang pemulihan di Sabah. Jadi ada sekitar 23-24 pemain. Termasuk empat pemain asing sudah dipersiapkan, sambil menunggu satu pemain asing lagi,” kataKurniawan.

No comments