Home Top Ad

PERMATA SABAH KINI MILIK HARIMAU KUMBANG

Share:
Kredit photo: FA Penang

PERMATA SABAH KINI MILIK HARIMAU KUMBANG


Penyerang berbisa berasal dari Sabah kini milik Harimau Kumbang. Bobby Gonzales merupakan penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Perdana dua musim berturut-turut (2018 & 2019) bersama Sarawak FA.

Bobby Gonzales yang hampir seumur Christiano Ronaldo ini telah dilepaskan oleh Sarawak FA pada akhir musim 2019. Sebelum ini ada beberapa spekulasi di media sosial yang mengatakan Bobby akan kembali memperkuatkan pasukan Sabah FA. Bagaimanapun spekulasi tersebut tidak menjadi kenyataan.

Sepanjang perlawanan pra musim, Bobby Gonzales bersama Pulau Pinang dan menjaringkan beberapa gol. Menyebabkan pengurusan FA Penang mengikat penyerang serba boleh ini.


Sumber: Mohd Nazih Fikriandi youtube


Agak malang dan satu kerugian besar kepada pasukan kelahirannya Sabah FA kerana gagal mengikat Bobby. Sabah FA yang dilihat bergelut untuk menjaringkan gol sepanjang perlawanan pra musim. Hanya menjaringkan tiga gol sepanjang berada di Indonesia.



Kredit photo: FA Penang

Pasukan bimbingan Kurniawan Duwi Yulianto memerlukan seorang penyerang 'pembunuh' di kawasan kotak penalti. Sabah telah memangil kembali Hector Ramos sebagai penyerang utama untuk musim CIMB Liga Super Malaysia 2020.

Baca juga:


Selain 'Pito' Sabah kekurangan penyerang berpengalaman dan hanya mengharapkan pemain muda yang belum lagi merasai mutu permainan di peringkat Liga Super. Jika Bobby bersama Sabah ianya pasti masih lagi boleh memberi persembahan dan ketajaman yang mampu mengucar-ngacirkan bahagian pertahanan lawan.

Keadaan fizikal 'Pito' semakin berisi dan antara pemain yang telah dikritik oleh pengulas Indonesia sepanjang kejohanan Piala Governor Jawa Timur 2020. Sabah gagal layak ke separuh akhir kejohanan tersebut setelah merekodkan 1 seri dan 2 kalah tanpa sebarang kemenangan.


Kredit photo: FA Penang

Bobby Gonzales antara permata yang telah dilahirkan oleh Sabah. Tidak pasti mengapa dan kenapa pemain ini tidak diikat oleh SAFA. Adakah ada masalah ataupun hal-hal lain yang kita tidak ketahui. Untuk memajukan dan menambah baik pasukan ketepikan ego, kerana ego akan membuatkan kita leka dan jatuh.

Good luck Bobby!


No comments