DENNIS BUSCHENING ALAMI KECEDERAAN
Pemain left winger kelahiran Thai-German telah mengalami kecederaan. Pemain import ini mengalami kecederaan ketika seri 0-0 pada aksi pembukaan CIMB Liga Super 2020 menentang PDRM FA pada 01 Mac 2020 di Stadium bola sepak Kuala Lumpur, Cheras. Kudrat pemain ini sangat ditagih selepas pasukan Sabah tewas 0-2 kepada Pahang. Terlepas aksi menentang Felda United dan Pahang.
Agak jelas pemain yang menggantikan tempat Dennis gagal beraksi dengan baik. Pemain muda Mohd Azwan Mohd Fattah dan Ummareng Bacok gagal beraksi baik di Kuantan. Kedua-dua winger gagal membantu barisan penyerang untuk menjaringkan gol. Mungkin perasaan takut dan gugup yang memerlukan motivasi tinggi supaya punya hati kental dalam mengharungi perlawanan.
Pemain muda ini memerlukan masa untuk membiasakan diri beraksi di tahap tertinggi. Kecederaan Dennis memberi peluang terbaik kepada pemain tempatan untuk membuktikan diri layak beraksi dalam kesebelasan utama.
Diharapkan Dennis Buschening cepat sembuh dan beraksi membantu pasukan. Sabah harus menang pada perlawanan seterusnya di Stadium Likas bagi mengembalikan moral kemenangan dan keyakinan para penyokong.
Terdahulu Dennis adalah antara pemain yang banyak dikritikoleh penyokong bola sepak Sabah. Menganggap pemain ini mempunyai level sama dengan pemain tempatan.
Perlawanan seterusnya ialah bertemu Perak di Stadium Likas pada 14 Mac 2020, pada jam 8.15 malam.
Lahir: 2 Mac 1991 (umur 29 tahun), Esslingen am Neckar, Jerman
RODOLJUB PAUNOVIC TEPIS KRITIKAN
LIVE: PAHANG VS SABAH CIMB LIGA SUPER 2020
WAN AZRAIE CEMERLANG DI KUANTAN
ISU PERKAUMAN DALAM BOLA SEPAK MERISAUKAN
PETRUS SHITEMBI PEMAIN TERBAIK SABAH
LIVE: PAHANG VS SABAH CIMB LIGA SUPER 2020
WAN AZRAIE CEMERLANG DI KUANTAN
ISU PERKAUMAN DALAM BOLA SEPAK MERISAUKAN
PETRUS SHITEMBI PEMAIN TERBAIK SABAH
Pemain muda ini memerlukan masa untuk membiasakan diri beraksi di tahap tertinggi. Kecederaan Dennis memberi peluang terbaik kepada pemain tempatan untuk membuktikan diri layak beraksi dalam kesebelasan utama.
Diharapkan Dennis Buschening cepat sembuh dan beraksi membantu pasukan. Sabah harus menang pada perlawanan seterusnya di Stadium Likas bagi mengembalikan moral kemenangan dan keyakinan para penyokong.
Terdahulu Dennis adalah antara pemain yang banyak dikritikoleh penyokong bola sepak Sabah. Menganggap pemain ini mempunyai level sama dengan pemain tempatan.
Perlawanan seterusnya ialah bertemu Perak di Stadium Likas pada 14 Mac 2020, pada jam 8.15 malam.
Ketinggian: 1.83 m
Pasukan semasa: Chainat Hornbill FC (Penyerang), Sabah FA (#93 / Penyerang)

No comments