Home Top Ad

SAH TAMBADAU IKAT GUY KASSA

Share:


SAH TAMBADAU IKAT GUY KASSA


Khabar angin akhirnya redah apabila pasukan Sabah sah mendapatkan Guy Kassa. Guy akan menggantikan pemain import Hector Ramos seperti yang telah dijangka. Pemain ini dijangka akan melakukan debut bertemu Felda United pada 7 Mac ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu jam 8.15 malam.

Ketua jurulatih Sabah Kurniawan Dwi Yulianto menegaskan kemasukan Guy dalam pasukan menjadi senjata baru. Dengan kemasukan Guy Kassa juga akan berlaku perubahan dalam teknikal permainan pasukan. Hal ini kerana perlunya perubahan selepas diikat tanpa jaringan menentang PDRM FA.


Difahamkan pada bulan januari 2020, Kuala Lumpur telah menandatangani pemain ini bagi menggantikan tempat De Paula yang berpindah ke Perak FA. Ada kemungkinan SAFA akan meminjam pemain ini dari pasukan Kuala Lumpur atau...kita tunggu maklumat selanjutnya.


Sabah akan bertemu FELDA UNITED bagi perlawanan kedua CIMB Liga Super Malayasia 2020. Dijemput semua penyokong bola sepak seluruh pelusuk Sabah kita kasi 'FULL HOUSE" Stadium Likas pada 7 Mac ini pada jam 8.15 malam.

Nama: Guy Kassa Gnabouyou
Umur: 30 tahun
Asal: France
Posisi: Penyerang
Ketinggian: 1.83 m
Bekas pasukan: Marseille, Orleans, Paris FC, Inter Turku
Pencapaian: France U21



No comments