Kredit photo: SFFC
PERTEMUAN RASMI GABUNGAN PENYOKONG DENGAN SAFA
Satu pertemuan secara rasmi bersama wakil SAFA telah diadakan pada 22 Februari 2020 di Mustafa Maju, Bandaran dengan tujuan berkongsi pandangan serta cadangan dari sudut penyokong bagi musim Liga Malaysia 2020.SAFA yang diwakili Ismail Ayob selaku Naib Presiden SAFA dan Dr. Liawas selaku Presiden Tambadau Fan Club manakala Gabungan Penyokong Bola Sepak Sabah terdiri daripada wakil kelab penyokong iaitu Sabah Football Fan Club(SFFC), Bola Sepak Sabah, Sabah Diehard, Kelab Penyokong Sabah Rhinos, Oh Sabahku, Buletin Arena Sabah dan North Borneo Ultras(NBU).
Diantara isu yang diperbincangkan berkenaan kebenaran untuk membawa semula Banner dari kelab penyokong sediada sebelum ini selain instrumen musik seperti Drum dan Panji(Bendera Gergasi) sepertimana sebelum ini digunakan oleh NBU.
Sementara isu lain seperti cadangan untuk mengadakan perjumpaan SAFA bersama penyokong sekurang-kurangnya 2-3sesi semusim bagi menyampaikan info yang terus kepada penyokong. Kad bermusim bagi penyokong tegar dan juga LIVE STREAMING khusus dibawakan oleh page rasmi SAFA.
Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk mencari titik persamaan diantara penyokong dan SAFA dimasa akan datang. Semoga dengan inisiatif pertemuan ini membuka lembaran baru antara penyokong dan SAFA dengan respon yang positif daripada pihak atasan sebelum sepak mula Liga Super 2020. Ayuh kita bersatu dan bangun bersama demi PASUKAN BOLA SEPAK KEBANGGAAN KITA.
Untuk Info, Gabungan Penyokong Bola Sepak Sabah ini pernah membuat kutipan bagi tabung untuk membantu pemain Sabah yang menghadapi krisis kewangan beberapa tahun yang lepas dan gabungan ini masih aktif bersama demi suara penyokong bola sepak Sabah.
#LigaSuper2020
Sumber: Page FB Bola Sepak Sabah

No comments