Home Top Ad

SABRI SAHAR BERAKSI BERSAMA SABAH U21

Share:
Kredit photo: FAM

SABRI SAHAR BERAKSI BERSAMA SABAH U21

Aksi pembukaan saingan Piala Presiden 2020 menyaksikan Sabah U21 mencatat kemenangan 1-0 ke atas Melaka U21 di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Pemain berpengalaman Sabri Sahar turut beraksi membantu kemenangan ini.  Perlawanan ini brlangsung pada 24 Februari 2020 pada jam 4.15 petang. Di saksikan beberapa ratus orang penyokong.

Gol tunggal Sabah telah dijaringkan oleh Nard Cylasto Christopher. Pasukan Sabah U21 menguasai keseluruhan permainan. Hanya dihampakan oleh permainan cemerlang pertahanan Melaka U21. Banyak peluang tidak menghasilkan gol. Dengan adanya Sabri Sahar di bahagian tengah memberi kelebihan buat pasukan. Permainan juga semakin tersusun.

Kredit photo: The Rhinos Troops
Sabri Sahar sebelum ini mengalami kecederaan yang agak teruk. Memerlukan tempoh yang lama untuk sembuh dan dapat beraksi. Dengan adanya peluang beraksi bersama skuad Sabah U21, ianya dapat membantu mendaptkan 'form' seperti sebelum mengalami kecederaan.

Pasukan Sabah FA jelas merasai ketiadaan Sabri dalam pasukan. Sabri Sahar merupakan seorang pemain yang kreatif, hantaran baik dan skillful. Bermain di posisi CM yang memberi umpanan-umpanan cantik kepada penyerang Hector Ramos.

 

Youtube SANGBADAK

Kenali Sabri Sahar

Sabri Sahar 'Promising Talent' dalam pasukan SabahSabri Sahar (25 tahun) adalah pemain boleh kita anggap sebagai 'promising talent' dalam pasukan Sabah. Sabri adalah hasil produk pencarian bakat Super Soccer Star oleh Adidas ketika baru berumur 16 tahun dan juga merupakan bekas pelatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Beliau adalah tonggak utama dalam pasukan Presiden Sabah sejak 2010 dan salah satu 'watak utama' dalam mencipta sejarah buat bolasepak Sabah apabila merangkul pingat emas acara bolasepak di kejohanan SUKMA tahun lalu. Bekas jurulatih kita, Gary Philips pernah menganggap Sabri sebagai 'hot prospect' untuk pasukan Sabah akan datang. Malah, Gary berani menyenaraikan Sabri yang ketika itu berumur 17 tahun dalam beberapa perlawanan bersama pasukan senior sebagai pendedahan.

Pasukan Sabah ketika ini hanya memiliki Azizan Nordin, Petrus Shitembi dan Ricco Milus sebagai pilihan di bahagian tengah. Diharapkan Sabri cepat menemui kembali sengatnya bagi membantu pasukan dalam saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020.

Sabah akan menentang PDRM (A) 1 Mac dalam aksi pembukaan liga, FELDA UNITED (H) 7 Mac, PAHANG (A) 10 Mac dan PERAK (H) 14 Mac. 4 perlawanan yang sangat mencabar Sabah FA. Berhadapan dengan pasukan penuh pengalaman dan pemain berkualiti.


Kredit: The Rhinos Troops

Pada perlawanan ini juga kelihatan penyokong bola sepak tempatan North Borneo Ultras memberi sokongan. Ia sekali gus memberi sokongan moral kepada para pemain. Walaupun mereka tidak dibenarkan membawa drum dan gendang masuk ke stadium. Alat-alat muzik telah dilarang untuk di bawa masuk ke stadium semasa perlawanan berlangsung oleh SAFA sejak musim 2019.

No comments