Kredit photo: AstroArena, FAM, The Rhinos Troops
DILEMA PENGGANTI MAXSIUS MUSA
Kecederaan yang menimpa Maxsius Musa membuatkan ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto pening kepala. Pemain lincah ini cedera di bahagian bahu setelah beraksi di kejohanan jemputan Piala Govenor Jawa Timur 2020 di Indonesia. Kejohanan ini berlangsung pada 10-20 Februari yang lalu.
Posisi Maxsius Musa di bahagian RM menjadi tanda tanya siapa yang layak untuk menggalas kekosongan tersebut. Antara nama-nama pemain yang boleh bermain posisi RM ialah Arius Dius Jais, Alto Linus dan Ummareng Bacok.
Dalam perlawanan Pra Musim di Indonesia pemain kebangsaan bawah 21 tahun, Arius Dius telah diberi peluang beraksi. Telah menunjukkan permainan yang baik. Pemain yang masih muda dan memberi kelebihan dari aspek kelajuan dan hantaran ke kotak penalti. Posisi asal pemain ini adalah di RWF mahupun sebagai penyerang kedua.
Pilihan kedua ialah Alto Linus. Berusia 32 tahun dan dianggap sebagai antara pemain senoir yang cukup lama bersama pasukan. Seorang pemain yang sangat rajin dan boleh beraksi di pelbagai posisi. Boleh bermain sebagai penyerang, pertahanan kanan&kiri dan juga wing back. Mempunyai stamina yang luar biasa. Mempunyai skill dan teknik dribble yang menarik. Bagus ketika bola berada di kaki. Alto juga boleh diharap ketika diserang dan seringkali membantu bahagian pertahanan.
Pilihan terakhir ialah Ummareng Bacok. Pada perlawanan jemputan di Indonesia, Kurniawan telah meletakkan Ummareng di bahagian pertahanan kanan. Beraksi baik cuma aspek teknik bertahan masih boleh diperbaiki. Seorang yang mempunyai kelajuan dan mampu melepasi kawalan pertahanan lawan dalam situasi 1 vs 1. Posisi kegemaran pemain ini adalah di posisi RWF & LWF.
Siapa pun yang akan diturunkan oleh Kurniawan, seharusnya menggunakan kesempatan ini untuk menunjukkan aksi permainan sebenar. Setiap pemain mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Cuma yang penting adalah keazaman untuk membuktikan sesuatu kepada pasukan.
Pasukan Sabah FA akan membuka tirai saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 dengan menentang PDRM di Stadium Likas pada 01 Mac ini jam 8.15 malam. Kepada penyokong mari kita datang untuk memberi sokongan kepada pasukan.

No comments